Readable HTML

Malay — official gazette text

P.U. (A) 330 — Medical Device (Amendment) Regulations 2025

Link directly to a passage with its anchor — for example #preamble — to open it highlighted. This reference version is generated from the authority’s publication and does not replace it. Language: Malay.

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 79(2) Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Nama dan permulaan kuat kuasa · Nama dan permulaan kuat kuasa

(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Peranti Perubatan (Pindaan) 2025. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

2. Pindaan Jadual Kelima · Pindaan Jadual Kelima

Peraturan-Peraturan Peranti Perubatan 2012 [P.U. (A) 500/2012] dipinda dalam Jadual Kelima dalam ruang perihalan fi— (a) berhubung dengan subbutiran 1(1)(a)(i), dalam ruang fi yang kena dibayar (RM), dengan menggantikan perkataan “100” dengan perkataan “500”; dan (b) berhubung dengan subbutiran 1(1)(b)(i), dalam ruang fi yang kena dibayar (RM), dengan menggantikan sempang dengan perkataan “750”. Dibuat 20 Ogos 2025 [KKMMDA(S)100/1-1-1; PN(PU2)711/V] DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD Menteri Kesihatan