Readable HTML

Malay — official gazette text

P.U. (A) 10 — Medical Device (Designated Medical Device) Order 2026

Link directly to a passage with its anchor — for example #preamble — to open it highlighted. This reference version is generated from the authority’s publication and does not replace it. Language: Malay.

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 26 Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737], Menteri membuat perintah yang berikut:

1. Nama dan permulaan kuat kuasa · Nama dan permulaan kuat kuasa

(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Peranti Perubatan (Peranti Perubatan yang Ditetapkan) 2026. (2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.

2. Peranti perubatan yang ditetapkan · Peranti perubatan yang ditetapkan

Menteri menentukan peranti perubatan dalam ruang 2 Jadual sebagai suatu peranti perubatan yang ditetapkan yang hendaklah digunakan bagi maksud yang disebut dalam ruang 3.

JADUAL — JADUAL

(1) Bil. (2) Peranti perubatan yang ditetapkan (3) Maksud penggunaan 1. Laser perubatan (a) Alexandrite laser (756nm) (i) menyingkirkan rambut (ii) menghilangkan atau mengurangkan pigmentasi seperti melasma, jeragat, dsb. (iii) merawat lesi vaskular seperti telangiektasia, urat labah-labah, kapilari pecah dan rosacea (1) Bil. (2) Peranti perubatan yang ditetapkan (3) Maksud penggunaan (iv) meremajakan kulit dengan mengurangkan kedutan dan kekenduran kulit melalui rangsangan pengeluaran kolagen (v) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya (b) Diode laser (800nm) (i) menyingkirkan rambut (ii) meremajakan kulit dengan mengurangkan kedutan dan kekenduran kulit melalui rangsangan pengeluaran kolagen (iii) merawat jerawat dan mengurangkan keradangan kulit (iv) menghilangkan atau mengurangkan pigmentasi seperti melasma, jeragat, dsb. (v) merawat lesi vaskular seperti telangiektasia, urat labah-labah, kapilari pecah dan rosacea (vi) mengurangkan parut atau kulit tidak rata dengan merangsang penghasilan kolagen dan membentuk semula tisu parut (vii) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat (1) Bil. (2) Peranti perubatan yang ditetapkan (3) Maksud penggunaan dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya (c) Erbium YAG laser (2940nm) (i) menghaluskan kulit (ii) menghilangkan atau mengurangkan parut dan kulit tidak rata (iii) meremajakan kulit dengan mengurangkan kedutan dan kekenduran kulit melalui rangsangan pengeluaran kolagen (iv) menghilangkan atau mengurangkan pigmentasi seperti melasma, jeragat, dsb. (v) merawat actinic keratosis iaitu lesi kulit pra-kanser (vi) menghilangkan ketuat melalui ablasi tisu (vii) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya (d) Fractional CO laser (10,600nm) (i) menghilangkan atau mengurangkan parut dan kulit tidak rata (ii) menghilangkan ketuat melalui ablasi tisu (iii) menghilangkan atau mengurangkan pigmentasi seperti melasma, jeragat, dsb. (1) Bil. (2) Peranti perubatan yang ditetapkan (3) Maksud penggunaan (iv) merawat actinic keratosis iaitu lesi kulit pra-kanser (v) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya (e) Nd: YAG laser (532nm atau 1064nm) (i) meremajakan kulit dengan mengurangkan kedutan dan kekenduran kulit melalui rangsangan pengeluaran kolagen (ii) menghilangkan atau mengurangkan parut atau kulit tidak rata (iii) menghilangkan atau mengurangkan pigmentasi seperti melasma, jeragat, dsb. (iv) merawat lesi vaskular seperti telangiektasia, cherry angioma, dsb. (v) menyingkirkan rambut (vi) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya (f) Pulse-dye laser (585nm atau 595nm) (i) merawat lesi vaskular seperti urat labah-labah, tanda lahir, rosacea dan haemangioma (1) Bil. (2) Peranti perubatan yang ditetapkan (3) Maksud penggunaan (ii) menghilangkan atau mengurangkan parut atau kulit tidak rata (iii) merawat lesi berpigmen, mengurangkan penampilan bintik-bintik usia dan jeragat (iv) meremajakan kulit dengan mengurangkan kedutan dan kekenduran kulit melalui rangsangan pengeluaran kolagen (vi) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya (g) Ruby laser (694nm) (i) menghilangkan atau mengurangkan pigmentasi seperti melasma, jeragat, dsb. (ii) menyingkirkan rambut (iii) merawat lesi vaskular seperti telangiektasia, urat labah-labah, kapilari pecah, dan rosacea (iv) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya (1) Bil. (2) Peranti perubatan yang ditetapkan (3) Maksud penggunaan 2. Peranti HIFU (High-Intensity Focused Ultrasound) (i) meremajakan kulit dengan mengurangkan kedutan dan kekenduran kulit melalui rangsangan pengeluaran kolagen (ii) mengurangkan lemak melalui kaedah adipocytes apoptosis atau coagulative necrosis (iii) menghilangkan atau mengurangkan pigmentasi seperti melasma, jeragat, dsb. (iv) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya 3. Peranti liposuction (i) menyingkirkan simpanan lemak setempat (ii) apa-apa maksud penggunaan estetik lain sebagaimana yang ditentukan oleh pembuat dan mengikut penggunaan yang diniatkan baginya Nota: “nm” dalam konteks laser merujuk kepada nanometer, iaitu unit ukuran panjang gelombang Dibuat 8 Januari 2026 [KKMMDA(S)100/1-1-1; PN(PU2)711/V] DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD Menteri Kesihatan